Saturday, March 13, 2010

Perniagaan penjagaan dan pencucian kereta

Pengenalan

Kesan pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi yang menyebabkan kereta anda kotor dan tidak berseri.Tetapi, bagi mereka yang mengambil berat terhadap kereta dan rajin membasuh sendiri, warna kereta anda akan sentiasa menawan, walaupun sudah berusia lima hingga 10 tahun. Malah, usaha anda pasti tidak sia-sia kerana kereta yang sentiasa bersih dan berkilat mempunyai nilai pasaran tinggi apabila dijual semula.Sesetengah pemilik kereta memang malas atau tidak ada masa untuk membasuh kereta.
Punca-punca berlakunya kekotoran pada sesebuah kenderaan adalah kerana
kekotoran pasir halus yang melekat. Selain itu, kenderaan mungkin terkena najis haiwan seperti burung, kelawar dan berkemungkinan terkena getah daun pokok semasa meletakkan kenderaan. ketiga-tiga elemen ini akan mengakibatkan hakisan pada cat kenderaan jika tidak dibasuh dengan teknik yang betul.

Selain itu, zaman sekarang ini, pelanggan yang memiliki kereta tidak sempat mencuci kereta sendiri dan tidak mempunyai teknik yang betul semasa membasuh kereta. Akan tetapi jika kereta tidak dicuci akan mengakibatkan kereta nampak kotor, buruk, cat kereta makin luntur dan sebagainya.

Oleh itu, satu perniagaan yang berbentuk perkhidmatan mencuci kereta yang cepat, pantas, dan murah dikenalkan oleh kami. Selain itu, mencuci kereta, kami menawarkan khidmat polish dan wax secara percuma selepas mencuci kereta. Selain itu, kami menawarkan khidmat vakum dan kilatkan dalam kenderaan anda.



Latar Belakang Perniagaan Pencucian Kereta.

Mengenali Perniagaan Pencucian Kereta

Perniagaan pencucian dan penjagaan kereta merangkumi perkhidmatan :
Mencuci bahagian luar kenderaan
Mencuci bahagian dalam kereta.
Mencuci bahagian enjin kenderaan
Menggilap kereta.
Membasuh kerusi dan permaidani kenderaan.
Perkhidmatan undercoat.

Tiga bentuk perkhidmatan perniagaan pencucian dan penjagaan kereta boleh disediakan kepada pelanggan. Perkhidmatan tersebut adalah :
Layan diri
Perkhidmatan disediakan sepenuhnya oleh pengusaha (Ful Service).
Automatik















PROFIL PERNIAGAAN PENCUCIAN DAN PENJAGAAN KERETA.

Perkhidmatan Asas
Perkhidmatan asas yang ditawarkan adalah seperti berikut;
Mencuci bahagian luar kenderaan
Mencuci bahagian dalam kenderaan
Mencuci bahagian enjin
Menggilap (polish)
Membasuh tempat duduk dan karpet kenderaan

Perkhidmatan Sampingan
Perkhidmatan sampingan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Membaik pulih kereta
Menjual aksesori kereta

Perniagaan Lain.
Perniagaan ini mempunyai potensi dikembangkan dengan perniagaan lain seperti:
Kedai serba guna

Proses dan Aliran Kerja Perkhidmatan Pencucian dan Penjagaan Kereta.
Bagi memastikan pengurusan perniagaan berjalan dengan berkesan, setiap kenderaan yang masuk dan keluar perlu direkodkan. Sistem rekod berkomputer adalh digalakkan. Arah aliran kerja adalah seperti berikut:
Pendaftaran kereta masuk
Rekodkan jenis perkhidmatan yang diperlukan
Keluarkan, basuh dan keringkan pelapik lantai
Basahkan keseluruhan bahagian kenderaan
Syampu bahagian enjin kenderaan
Basuh/bersih, keringkan dan semburan bahan kimia
Hidupkan enjin untuk diuji
Syampu/sabun bahagian tayar dan rim
Syampu bahagian luar kenderaan
Basuh, bilas dan keringkan bahagian luar kenderaan
Kemasan bahagian cermin dengan menggunakan glass cleaner
Vakum bahagian dalam
Wax/kilatkan PVC, kulit bahagian dalam/luar kenderaan
Wax/kiltakan tayar dan rim
Kilatkan tempat lapik kaki (rubber mat)
Menggilap























PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN

Penubuhan Perniagaan

Sebelum memulakan sesuatu perniagaan bakal pengusaha perlu mendaftarkan perniagaan yang hendak dijalankan. Syarikat CCS Enterprise didaftarkan di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perniagaan didaftarkan atas nama perkongsian.

Penubuhan syarikat

Faktor yang dititikberatkan oleh kami ialah, pemilihan nama syarikat, jenis perniagaan, prosedur pendaftaran perniagaan dan memilih bentuk perniagaan.

Pemilihan Lokasi dan Premis Perniagaan

Di sini kami memilih lokasi dengan menyewa tapak perniagaan.


Mendapatkan Lesen

Di sini kami mendapatkan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Selepas itu, lesen perniagaan dikeluarkan oleh Majlis Tempatan, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan Dewan Bandaraya.

Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Sebelum memulakan perniagaan kami telah menyediakan rancangan perniagaan. Rancangan ini bertujuan:
Membolehkan kami melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
Mengkaji dan menilai sama ada projek yang dilaksanakan berdaya maju atau sebaliknya
Menyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan

PENGURUSAN PERKHIDMATAN

Sistem dan Kaedah

Di sini kami menggunakan pendekatan operasi berasaskan intensif buruh,di mana setiap peringkat pengeluarannya banyak menggunakan tenaga pekerja.

Peralatan

Lima peralatan asas yang kami akan gunakan untuk syarikat CCS Enterprise ialah




Water Pump









Snow wash Machine



















Air Pressure
















Wet & Dry Vacuum Cleaner














Polish machine












Di sini juga kami menggunakan beberapa peralatan yang lebih tinggi keupayaan dan kecekapan. Di antaranya ialah
Chemtrol pelbagai guna yang mempunyai fungsi untuk syampu, wax, polishing dan glass cleaning.
Automatic met washer and dryer – untuk membersih dan mengering rubber mat.
Carpet Dry System – membersihkan permaidani secara automatic.
Soil extractors – membersihkan bahagian dalam kenderaan.
Interior Repair – membersihkan/repair leather seat .
Car Wash System – membersihkan bahagian luar kenderaan.

Bahan-bahan

Di antara bahan yang digunakan oleh CCS Enterprise ialah:



Syampu biasa









Wax






Snow wash powder








Car Polish










Selain itu, terdapat syampu/wax/pencuci yang dibuat khusus untuk digunakan kepada sesuatu peralatan kenderaan bagi memastikan produk akhir yang dikeluarkan berkualiti dan tidak memberi kesan sampingan kepada peralatan, diantaranya adalah :
Carpet & upholstery syampu dan fabric plus anti stain protectant – dibuat khusus untuk mencuci permaidani dan peralatan berasaskan fibers.
Deodorizer – spray pewangi yang tidak memberi kesan kepada peralatan kenderaan.
Mink plus leather conditioner – khusus untuk bahagian berasaskan kulit
Odor rid – untuk mencegah pembiakan/mengeluarkan kulat pada kereta.



Bahan/Peralatan lain.

Selain daripada peralatan dan bahan yang dinyatakan di atas, komputer juga penting untuk digunakan khususnya bagi kawalan pengurusan dan kewangan. Keperluan-keperluan lain seperti kain, span dan sebagainya adalah dalam jumlah yang kecil dari segi nilai dan ianya dapat diperoleh dengan mudah.


























PENGURUSAN TENAGA KERJA

Jenis Pekerja

Untuk permulaan untuk syarikat kami, sekurang-kurangnya seorang pekerja mahir diperlukan bagi mengetuai kumpulan pekerja lain. Bagi memastikan perniagaan ini stabil beberapa pekerja tetap diperlukan. Bagi meminimumkan kos operasi, pekerja boleh dilantik secara sambilan pada kadar 1:1 iaitu satu pekerja sambilan bagi satu pekerja tetap. Kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran di peringkat awal penubuhan diuruskan oleh kami bertiga.

Katogeri Pekerja
Antara katogeri pekerja di CCS Enterprise ialah:
Pengurusan
Penyelia
Pekerja Am/Buruh

Gaji dan Imbuhan
Jadual di bawah menunjukkan gaji dan upah bagi pekerja di CCS Enterprise

Jenis pekerja
Gaji (RM)
Pengurus
2,500 – 3,000
Penyelia
1,000 – 1,500
Pekerja Am
500 - 750








Tahap Kemahiran
Keperluan tenaga pekerja boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
Mahir
Kurang Mahir/Buruh Am

Kursus dan Latihan
Bagi memantapkan dan mengukuhkan lagi perniagaan kami mendapatkan latihan, bimbingan keusahawanan, kursus asas perniagaan dan kursus kepimpinan. Latihan kepada pekerja-pekerja kurang mahir juga diberikan seperti kursus teknik cucian dan penjagaan kenderaan agar perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, kami memberikan latihan kepada pekerja-pekerja kami secara on the job training.





















PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN

Pemasaran adalah satu mekanisme untuk memberi pengetahuan tentang produk atau perkhidmatan perniagaan kepada orang ramai. Namun pada yang sama, ia juga bertujuan menarik orang ramai untuk menggunakan produk/perkhidmatan yang ditawarkan. Ia merupakan proses perhubungan organisasi dengan pelanggan dan orang ramai. Proses ke arah menjayakan strategi pemasaran perlu mengambil kira beberapa perkara, iaitu :
Pasaran
Keperluan pelanggan
Pakej perkhidmatan

Pasaran
Di sini CCS Enterprise telah membuat kajian pasaran bagi membantu kami membuat keputusan berhubung strategi pemasaran. Antara aspek pasaran yang kami kaji ialah segmen pasaran.
Segmen Pasaran
Segmen pasaran bagi perkhidmatan mencuci kenderaan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu
Individu
Syarikat swasta
Kerajaan
Jaringan
Untuk berjaya dan mengembangkan perniagaan Syarikat CCS Enterprise, kami menjalinkan hubungan baik dengan syarikat-syarikat perniagaan pencucian dan penjagaan kenderaan dari luar negara. Kami memperoleh maklumat mengenai penjagaan dan pencucian kereta menerusi internet iaitu melalui laman web:
www.industrycarwash.com
www.thecarwashtime.com
www.carwashinvesting.com

melalui jaringan, banyak pengetahuan baru berhubung dengan produk di dalam pasaran, teknologi terkini dalam industri serta panduan-panduan perniagaan bagi mengembangkan perniagaan kami.

Keperluan Pelanggan
Setiap manusia mempunyai cita rasa yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh norma-norma hidup seperti tahap pendidikan, pegangan agama, sosioekonomi, budaya dan juga masyarakat yang berbeza. Bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza, kami telah mendapatkan beberapa maklumat seperti berikut:
Jenis perkhidmatan yang diperlukan
Tahap kepuasan yang diharapkan oleh pengguna seperti:
o Kualiti perkhidmatan
o Keselesaan pengguna semasa menunggu
o Jangka masa menunggu
o Harga bagi setiap perkhidmatan
Peruntukan kewangan yang ditetapkan pelanggan bagi mendapatkan perkhidmatan.
Masalah pelanggan yang berkaitan.

Pakej Perkhidmatan
Pakej Perkhidmatan yang ditawarkan
Beberapa bentuk pakej yang kami tawarkan kepada bakal pelanggan yang mencuci di CCS Enterprise iaitu:
Diberi diskaun 50% pada cucian pertama pada hari pembukaan CCS Enterprise
Diberi perkhidmatan polish dan wax secara percuma.
Pakej untuk pelanggan tetap melalui member card CCS iaitu diberi cucian kenderaan secara percuma setelah kenderaan telah dicuci sebanyak enam kali
Delivery washing service iaitu hanya melalui pesanan laman web kami www.cuci-cuciservice.sdn.bhd.com , pihak kami akan hantarkan pekerja untuk mencuci kereta anda.

Perkhidmatan Lepas Jualan
Perkhidmatan lepas jualan adalah penting bagi Syarikat CCS Enterprise untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi keperluan pelanggan. Pemantauan dari masa ke semasa dan juga khidmat nasihat mengenai teknik penjagaan kenderaan boleh diberikan kepada pelanggan. Perkhidmatan yang berkualiti dan hubungan yang baik dengan pelanggan dapat menarik pelanggan untuk mendapatkan semula perkhidmatan yang diberikan. Secara tidak langsung pelanggan akan memperkenalkan perniagaan ini kepada rakan-rakan mereka
.
Penentuan Harga
Harga bagi cuci kenderaan di CCS Enterprise ialah bagi kenderaan kereta ialah RM 6 manakala kenderaan bagi van dan mpv iaitu RM 8.

Tempat/Tapak Pelanggan
Tempat perniagaan merupakan elemen penting di dalam merangka strategi pemasaran yang berkesan. Ini kerana tempat perniagaan yang sesuai banyak membantu untuk mendapatkan pelanggan. Di sini, tapak CCS Enterperise adalah di Taman Universiti iaitu berhampiran dengan restoran, pusat pendidikan UTM dan pusat membeli-belah

4 comments:

  1. Apa alamt kdainya..sy pun tinggl di tmn u..tpi tk perasan CCS car wash ni..yg ada scs..tq

    ReplyDelete
  2. boleh sy belajr bsuh kreta n servis yg ada?

    ReplyDelete
  3. slm, saya student uitm..kena wat input teknikal kat car wash..boleh saya pergi ke tmpt ni?saya boleh kerja utk sminngu..xpyh byr gaji saya..tlg bg no contact or contact saya. 017-5719234..tq

    ReplyDelete
  4. Saya bercadang utk buat mobile carwash and detailing.....ada yg berminat

    ReplyDelete